Selepas meneliti dan sedikit kajian.Sebenarnya berlaku kesilapan dalam penggunaan kata yang membawa kepada interpretasi yang berbeza.
Usul itu asalnya berbunyi
"Menyedari bahawa aliran dan pandangan yang dibawa oleh Sisters in Islam boleh mengelirukan masyarakat;
"Menginsafi pendekatan mereka mudah meresapi pemikiran dan mengancam akidah umat Islam terutamanya golongan muda dan berpendidikan sekular;
"Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang hari ini di Stadium Malawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan:
"Mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."[1]
Penggunaan kata mengharamkan adalah agak keras dalam pendekatannya.
Perkara itu turut diakui oled YDP PAS Shah Alam , Dato' Khalid
"dari segi politik perkataan "mengharamkan" membawa persepsi yang berbeza."[2]
Malangnya isu telah dimainkan oleh media pada 7 jun dan penjelasan dari Dato' khalid sendiri hanya keluar pada 14 Jun
"Petang semalam, pada jam 2 petang 14 Jun, telah diadakan satu sidang media di mana perkara ini telah cuba saya jelaskan"[3]
Penggunaan kata "mengharamkan" telah diganti dengan kata "mengambil tindakan yang sesuai".[4]
Penjelasan yang agak lewat telah memberi peluang untuk mengkritik pendekatan yang telah diambil oleh PAs.Malah kerana itu juga telah menunjukkan seakan SIS beradda pada pihak yang teraniaya.
sekian.
[1][2][4]http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/14/mstar_berita/20090614153602&sec=mstar_berita
[3]http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21311&Itemid=1
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment