Monday, August 30, 2010

Doa untuk orang bukan Islam

Ya, ada mufti yang memberi pendapat dibolehkan untuk berdoa untuk orang bukan Islam dan ada juga yang memberi pendapat tidak boleh.

Ini juga hanya pendapat, meenggantikan nama ketua menteri Lim Guan Eng di dalam kutbah Jumaat tidak salah dari segi hukum mungkin, tapi salah dari segi etika, tidak menhormati dan tidak sensitif.

Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua Agama Islam, menggantikan namanya dengan seorang ketua menteri dari parti rasis, chauvivis dan bersifat menindas, salah dari segi etika dan sangat biadap.

Kesnya sama seperti di dalam kumpulan ada 9 orang, tiba-tiba ada seorang bukan Islam tampil dan meneguk minuman keras di hadapan majoriti 9 Muslim yang lain.

Yang bukan Islam itu tidak salah kerana meneguk arak, tetapi situasinya dari segi etika adalah salah, tidak menghormati dan tidak sensitif.

Si perlaku sangat jelas taksub kepartian malah sangat bertindak atas paras normal. Masjid ssepatutnya bebas dari cengkaman politik kepartian. Bukan bermazhabkan politik sempit dan taksub.

Yang berbuat sangat biadap dan seperti biasa agama hanya alat untuk memeceh-belah dan meraih sokongan politik sempit dan taksub.

sekian.

0 comments: