Friday, October 8, 2010

DAP bukan parti perkauman?Tuan Mat Sabu jangan menipu!

Merujuk kepada artikel di harakah daily 9 Oktober 2010
Umno dibenci kerana main sentimen kaum, agama

Satu teguran keras perlu diberikan kepada Tuan Mat Sabu.

DAP asasnya dari PAP (parti yang dipimpin ole Lee Kuan Yew) Singapura. Pada masa itu PAP menggunakan sentimem perkauman untuk menambat hati kaum Cina dengan mengatakan kaum Cina tidak dilayan seadilnya di Tanah Melayu melalui idea Malaysian Malaysia. (Dr Mahathir)

Propaganda itu diteruskan oleh DAP dengan dasar One Malaysianya.

DAP memang satu parti yang terasnya perkauman. Orang yang menafikannya memang hidup dalam falasi!

Parti rasis ini selalu mengecam hak istimewa melalui slogan hak samarata sedangkan hak itu bukan untuk satu kaum sahaja. Malah untuk etnik lain seperti Kadzan, Murut, Iban dan lain-lain.

Etnik lain dan kaum Melayu memang tertinggal dari segi ekonomi dan pendidikan. Tidak salah jika kuota kecil diberikan kepada mereka jika itu mampu merapatkan jurang ilmu dan ekonomi.

Hak itu juga tidak menindas kaum yang lain. Kaum India masih boleh ke sekolah, kaum Cina juga masih boleh ke sekolah yang mengikut bahasa ibunda mereka.

Tidak seperti slogan One Malaysia yang mereka perjuangkan yang secara halus menindas.

One Malaysia bolehlah ditafsirkan memberi kekayaan secara sama rata kepada yang kaya dan yang miskin!

Contohnya yang kaya diberi rm 100m dan yang miskin juga diberi Rm100! Menindas yang miskin kerana yang kaca tidak sepatutnya mendapat bantuan yang sama rata, logiknya yang miskin perlu lebih dibantu bukan yang kaya.

Dasar One Malaysia yang menindas itu, impaknya akan membesarkan jurang kemiskinan, pendidikan dan lain-lain.

Yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus miskin. Bukan kebetulan jika yang kaya itu adalah bukan kaum Cina malah kaum majoriti pula akan bertambah miskin. Ini juga boleh berlaku dalam sektor-sektor yang lain.

Jadi akhirnya siapa yang menindas siapa? Siapa dalang bagi penindas?

Kenyataan ringkas dari Tuan Mat sabu memang dijangka. PAS yang dulunya terkenal dengan Islamnya sudah mula menampakkan belang sebenar  iaitu menggunakan agama untuk kepentingan poltik sempit mereka.

DAP mencengkam dasar-dasar islamik mereka dan mereka dengan lemah membenarkannya. Lihat sahaja pendirian negara Islam tidak akan ditegakkan dan disokong penuh oleh PAS pula. (Sila lihat pendirian pakatan rakyat sendiri).

Kesimpulannya , Tuan Mat Sabu menipu.Tapi memang dijangka. Munkin untuk menjaga hati DAP. Bukan beliau seorang yang mengeluarkan pendapat-pendapat pelik semenjak masuk Pakatan Rakyat.

Apa punca ini berlaku? Tepuk dada tanya diri. Mereka dipimpin oleh golongan yang cuma beretorik, kuat bercakap dan tiada pendirian.

Sekian. 












Perlu disertakan, para pemimpin mereka juga amat bencikan perpaduan melalui bahasa, malah suara rasis En Lim Kit Siang juga tidak mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa asing juga yang diutamakan.

0 comments: