Pilihan raya DUN galas.
Jika Ku Li menerimaa untuk bertanding, memanglah Ku Li kurang bijak.
Nampak sangatlah beliau hanya orang yang berubah pendirian dan hanya pentingkan diri.
Isu royalti minyak, adalah isu kritikal yang bakal dimainkan oleh PAS, dan umum tahu bahawa Ku Li juga seakan menyokong Kelantan diberi royalti minyak. Bukan hanya itu, malah bersedia menjadi orang tengah, tapi awal-awal lagi sudah memihak. Beliau memihak apa juga situasi yang mendatang keuntungan kepada beliau sahaja.
Jika dibenarkan bertanding, adakah pendirian Ku Li terhadap isu royalti minyak Kelantan akan berubah? Ya, pendirian beliau akan berubah kepada "Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak".
Akhirnya, DUN galas akan jatuh ke PAS dan isu royalti minyak tiada lagi orang dalam BN yang membuat kecoh. DUN galas bukanlah satu kerusi yang ingin dimenangi, pilih kiri atau kanan, salah satu matlamat sudah tercapai.
0 comments:
Post a Comment