Bila sebut kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam. Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama. Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat.
[http://www.blogtokguru.com/]
Sayang bangsa itu fitrah, bangsa Melayu telah memberi kewarganegraan kepada jutaan imigran dengan tangan yang terbuka. Mana mungkin mereka berdendam.
Yang berdendam dengan Melayu adalah dari bangsa lain, kerana ingin kesemuanya sekali. Baik dari kuasa politik, ekonomi, pendidikan dan segala macam yang ada.
Jika ada sedikit hak Melayu yang tujuaan untuk MENYAMARATAKAN dan menyeimbangkan jurang-jurang luas yang tercipta, bukan untuk menindas pun.
Nabi juga mengajar untuk mengutamakan hak Islam dahulu. Umat Islam perlu dibantu dahulu berbanding agama lain. Kedai yang dioperasikan oleh orang Islam perlu dibangunkan sebelum membangunkan kedai dioperasikan oleh umat agama lain.
Adakah Islam juga dipaksikan pada satu prinsip yang tidak adil?
Tidak sama sekali kerana batas-batasnya jelas, SELAGI TIDAK MENINDAS. Itu yang membuatkan dendam dari agama lain berkurangan atau tiada.
Jika ada kaum lain yang berdendam , mari lihat kitab-kitab sejarah, siapa yang berdendam?
Ekstremis Cina yang membakar slogan "sapu Melayu" atau Ekstremis Hindraf yang menuntut hak tak masuk akal?
Mereka tidak didendami kerana bangsa mereka. Tapi kerana ada pihak yang melagakan mereka kononya kaum lain hidup tertindas.
Tapi dari realiti, yang kaya adalah bukan Melayu, yang masuk universiti ramai-ramai pun dari bukan Melayu.
Jadi mana yang tertindasnya? Pelik. Ajaib.
Awalnya mereka hidup bersama dengan aman harmoni. Hinggalah muncul ekstremis-ekstremis yang menangguk di air yang keruh bertujuan untuk memecahbelahkan.
Ada perkara yang berjaya seperti :
1. Keluarnya Singapura dari Semenanjung
2. Pengusiran Orang Melayu dari Pulau Pinang secara sistematik.
3. Memboikot perusahaan Bumiputra.
4. Rancangan mengurang populasi kaum Melayu di bandar.
Dan mungkin ada banyak lagi.
Kaum lain berdendam kerana fikiran mereka telah diracun dengan ayat-ayat panas bukan dari akal yang harmoni. Datangnya dari pemimpin yang suka melaga-lagakan. datangnya dari pemimpin yang menggunakan agama atau lebih spesifiknya memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi.
Puncanya kerana kuasa.Kuasa. dan Semata Kuasa.
Dendam kerana tamak. Itu bukan akhlak yang baik.
1 comments:
I agree!even 200%! but d malays still didnt realize that dey hav been fooling around..it's kinda sad thing!
Post a Comment