Saturday, April 30, 2011

Qazaf? Jangan main-main.

Qazaf, menjawab fitnah.

Qazaf diertikan sebagai melemparkan tuduhan zina ke atas orang baik.

Malangnya Anwar Ibrahim bukanlah pula seorang pemimpin yang mempunyai akhlak yang baik. Sungguh pun sebelum ini pernah dinobatkan pemimpin anugerah Tuhan , tapi malangnya umum tahu Anwar Ibrahim tercemar akhlaknya.

Sebagai contoh, beliau pernah bersumpah untuk membentuk kerajaan. Tapi akhinya berbohong dalam tragedi 16 Sept. YB dibayar untuk meninggalkan parti dengan merasuah mereka.

Itu belum lagi dikaji tentang hubungan beliau dan pemimpin Zionis seperti Wolfowitz. Rejim yang membelash Palestin hari-hari dengan kejam.

Beliau juga adalah panglipur lara, suka mengadu domba, sehinggakan cerita yang kurang sahih dan tidak jelas dari segi bukti diwayangkan hingga menjadi seperti cerita sahih. Seperti yang berlaku dalam kes Manohara dan Rais Yatim.

Perkara yang kabur pun beliau katakan sebagai sahih, sebelum pun polis menyiasat beliau sendiri telah membuat konklusi dan hukuman.

Bukanlah bermaksud qazaf telah tidak boleh digunakan ke atas beliau tetapi setiap tuduhan juga perlu bukti yang sahih. Ada mufti yang telah menerangkan dengan baik tentang qazaf. Malah mufti-mufti juga tidak membantah tentang kewujudan bukti yang boleh digunakan pakai untuk menuduh seperti gambar, video, DNA, cap jari selain dari saksi. Malang sekali tidak pula beliau menyatakan pendirian mufit-mufti itu. Dan beliau masih meneruskan lakonannya.

Jika kedua pihak ragu tentang perundangan dunia, maka salah satu penyelesaiannya adalah dengan bersumpah laknat. Anwar Ibrahim telah lah pula diminta untuk bersumpah, seperti dalam kes Sailful kerana itulah cara yang terbaik untuk membersihkan diri dari tuduhan yang tak berasas. Kerana jika hakim-hakim dunia tidak lagi boleh dipercayai, biarlah Tuhan pula yang menjadi hakim. Itu lebih adil.

Saiful, Azkay telah bersumpah, namun beliau masih berdiam diri. 

Jadi soalannya? Mengapa beliau masih enggan untuk bersumpah laknat dan terus membuat kacau?

Inilah kebenarannya, kerana beliau berana di pihak yang tidak benar. Beliau juga sedar kesan untuk bersumpah palsu kerana beliau sendiri masih percaya kepada Tuhan dan balasannya. Beliau sendiri percaya kepada syurga dan neraka.

Nilaikanlah sendiri. Salam.

2 comments:

StingRay said...

Kan dia sendiri yang cakap..

"Nak bersumpah ni,kena orang yang tak buat dosa besar."

Rasanya dia dah buat dosa besar,sebab tu takleh sumpah kot.Mari kita lihat wayang ini.Apakah babak seterusnya.

Hahaha.

chicken_floss said...

He's such a great actor!but i just smell something fishy there when every body is like keep waiting for his fake promises! so d drama!