Thursday, September 15, 2011

Hanya UMNO dan hanya UMNO.

Hanya UMNO diserang, bukan MIC, bukan juga MCA dan bukan juga parti komponen yang lain. Jika dilihat laman-lama pro pembangkang, rasuah, zalim dan tindas-menindas hanya membabitkan UMNO sahaja kerana laman-laman ini hanya bermotifkan untuk memburukkan UMNO bagi meraih simpati Melayu dan memecah-belahkan peratusan undi Melayu.

Jika adapun,peratusannya tersangatlah kecil.

Apa kesan disebalik motif ini?
Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memecahkan undi majoriti. Ini adalah satu teknik untuk memastikan undi majoriti bukanlah lagi satu faktor menentukan setiap keputusan, peranan untuk menentukan keputusan sekarang telah terletak kepada pihak minoriti.

Situasinya begini:
"ada 5 orang, 3 yang bersaiz besar, yang dua lagi bersaiz kecil. Di hadapan mereka ada 3 hidangan. 2 hidangan telah diberikan kepada yang bersaiz kecil, sedangkan satu lagi hidanganm perlu direbut oleh yang bersaiz besar.

Malang sekali yang bersaiz besar gagal menggunkan akal dengan sempurna, kerana jika bijak, hidangan 3 itu boleh didapati oleh 3 orang yang bersaiz besar itu. 3 yang bersaiz besar itu bergaduh, memaki dan saling tikam menikam.

Yang bersaiz kecil pula bekerja-sama memastikan hidangan mereka terpelihara, maka dengan itu mereka mengapi-apikan yang bersaiz besar untuk bergaduh. Yang kecil itu memfitnah, mengadu domba juga mereka-kera cerita karut, asalkan sahaja dapat membuatkan yang bersaiz besar itu bertelagah.

Kerana jika yang bersaiz besar itu bersatu, mereka yang bersaiz kecil pasti gagal mendapat sebarang hidangan.

Akhirnya, siapa yang menang?
Yang bersaiz kecil pihak yang menang, keranan kedunguan yang bersaiz besar.

Sekarang yang menjadi faktor penentu bukanlah kekuatan, saiz, tapi hanyalah akal semata.


"Selamat Hari Malaysia"
Nasrul - 16 Sept 2011

0 comments: