Thursday, September 22, 2011

Hudud dan Kelantan

Selepas membaca komen dari Dr Asri, mantan mufti negeri Perlis.

Ya, Malaysia masih lagi bukan dalam keadaan kondusif untuk meelaksanakan hukum hudud.
Jika dilaksanakan, akan lebih menampakan celanya dari kebaikannya kepada masyarakat.

Suasa kondusif yang dimaksudkan :
"Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri." -Dr Asri.

Suasana itu yang tidak lagi tergambar pada masa kini, di mana si kaya selalunya terlepas dari undang-undang, manakala yang miskin selalu dihukum, jika dilaksanakan hudud, maka yang lebih tertindas masih yang telah tertindas.

Inilah suasana tidak kondusif yang dikatakan oleh Dr Asri.

Tapi hudud adalah perkara yang tidak boleh disangkal. Tidak pula boleh ditawar-tawar, perlu dilakukan. Jadi secara peribadi saya masih menyokong hudud dilaksanakan atas dasar keagamaan, lebih dari batas politik.

Malangnya, hudud juga tidak akan terlaksana, seperti dahulu kala, hanya digunakan sebagai modal politik, oleh parti yang terasnya-akarnya politik, bukan agama. Hudud hanya perkataan untuk digunakan untuk memancing undi dan memecah belahkan ikatan persaudaraan yang dilakukan oleh PAS. PAS tanpa keazaman yang kuat bersama Islam, banyak kali telah mengguris hati umat Islam.

Dimulai dengan kerjasama bersama DAP, yang secara terang sangat sekular, hingga kepada isu arak, murtad yang ternyata mereka lebih tunduk menjadi boneka bersama DAP.

Jadi hudud seringkali menjadi senjata politik dari dulu hingga sekarang.

Mereka kata nak buat, tapi sebenarnya tidak.
Ada juga yang kata tunggu nak buat. Tapi Tuhan sahaja yang tahu bila.
Merekalah ahli politik.

Ikhlas
Nasrul

0 comments: