Sekolah jenis gagal memebentuk identiti Malaysia. Sekolah Jenis membuatkan kaum Cina menjadi lebih Cina, India menjadi lebih India.
90 peratus pelajar bukan Melayu berada di sekolah jenis. Perpecahan sudah pun terjadi di alam sekolah lagi. Komposisi yang memecah-belahkan tidak harus diteruskan jika benar perpaduan ingin dikekalkan.
Malah mengutamakan ibunda masing-masing juga tidak lagi relevan pada zaman satu Malaysia. Penyatuan tidak pernah terjadi dalam perbezaan. Mengutamakan ibunda sendiri secara lansung sebenarnya asas kepada rasism.
Tidakkah mereka juga rakyat Malaysia, atau mereka masih ingin berada pada kerangka mengutamakan ibunda sendiri?
Ahli sejarah seperti Prof Koo Kay Kim juga secara jelas menentang Sekolah Jenis ini, kerana jelas beliau disebabkan sistem pendidikan sekolah jenis perpaduan secara mutlak tidak tercapai. Beliau juga menyelar sekerasnya sifat rasis dan pentingkan diri ini.
Kesimpulan, hapuskan sahaja sekolah jenis kerana jelas tidak selari dengan matlamat perpaduan.
"Salam Satu Malaysia"
0 comments:
Post a Comment