Tuesday, September 20, 2011

Ubah Jalur Gemilang

Usul Manoharan dari DAP untuk mengubah Jalur Gemilang amatlah lucu. Sebabnya kerana pada pendapat beliau rekaannya lebih Barisan Nasional dari Malaysia.

Saya masih gagal untuk mentafsir rekaan Barisan Nasional sehingga kini. Itu hanya satu alasan menunjukkan  betapa beliau sendiri sebenarnya punyai sifat Anti-Kerajaan, hingga timbul perasaaan benci tanpa sebab. Asal sahaja berkaitan kerajaan, perlu dibenci.

Sikap tidak patriotik Manohran jelas tergambar melalui ucapannya, tapi jika diperhalusi, ini juga bukanlah asing lagi kerana beliau sendiri dari parti DAP yang juga tidak patriotik. Kiblat mereka hanya Temasik.

Sikap Manoharan dan DAP. Tidak patriotik. 

0 comments: