"PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan
isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada
22hb Oktober 2011 ini.
PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS
mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai
menghormati kehendak penganjur program.
PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini
agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam
menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.
Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa
negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.
PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambi
l kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.
Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah.
PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO
dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.
PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah
dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah
diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai."
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Dan lagi sekali PAS bersikap hipokrit. Malang sekali, jika mereka dulu adalah jaguh dalam isu pilihan raya seperti BERSIH, hingga ada yang tercedera, tapi dalam isu terpenting akidah, mereka diam.
Adakah pilihanraya lebih penting dari akidah?
Tangan mereka sendiri menolak hudud
Tangan mereka sendiri menggugurkan aspirasi negara Islam
Tangan mereka juga sendiri juga menggalakkan gejala murtad.
Semakin kerjasama dengan DAP, semakin banyak tingkah PAS mengguris hati umat Islam.
PAS sekadar parti politik, Agama bagi mereka cuma alat poliitik.
-ikhlas nacuwin
0 comments:
Post a Comment