Kepada Bob Lokman,
Hati-hati jika menyandarkan kehidupan kepada satu parti politik.
Terutamanya kepada PAS. PAS tidak lebih sekadar satu parti politik. Politik pula adalah satu permainan yang kotor dari ahli-ahli yang kotor.
Pada zaman ini hampir mustahil untuk mencari politik bersih, tidak dari BARISAN, dan lebih tidak dari PAKATAN. Politik zaman dulu, tidak boleh disamakan dengan politik zaman kini.
Jika dahulu pernah penguasa pernah memadamkan lilin kerana ingin berbincang perihal peribadi, zaman kini bukan sahaja lilin, malah wang rakyat banyak membazir pada perkara yang tidak perlu seperti penangguhan perbicaraan, kempen fitnah besar-besaran dan sebagainya.
PAS yang dulu pernah menjadi jaguh dalam isu-isu Islam, hari ini mengguris hati umat Islam. Bukan sahaja menolak hudud seperti yang termaktub dalam persetujuan PAKATAN, tetapi juga menggugurkan aspirasi negara Islam menjadi negara kebajikan.
Biar pun banyak lencongan telah dilakukan, namun akhirnya Karpal Sigh sendiri mengakui PAKATAN menyetujui untuk menukar aspirasi negara Islam kepada negara kebajikan.
Begitulah sikap satu parti politik yang tidak meletakkan Islam sebagai prinsip.Sekadar menagih undi dan memainkan sentimen Islamnya.
Begitulah sifat politik, kotor.
Adakah Islam itu kotor atau parti politik Islam itu yang kotor?
"Jelaslah jawapan. Islam itu bersih, dikotori oleh politik."
Jadi, menyandarkan diri pada parti politik, adalah keputusan yang amat tidak bijak.
0 comments:
Post a Comment