Friday, December 9, 2011

Hudud bukan asas pertama kenegaraan Islam

"Hudud bukan asas pertama kenegaraan Islam" seperti yang dikatakan oleh Dr Qardhawi.

Hudud adalah asas terakhir dalam kenegaraan Islam. Sebelum melaksanakan hudud, suasananya perlulah kondusif.

Suasana kondusif, seperti mengurangkan pengangguran, kemiskinan, meningkat taraf pendidikan juga kesihatan.

Seperti di Kelantan yang serba-serbi kurang, saya masih yakin motif melaksanakan hudud lebih kepada keuntungan politik bukan untuk keadilan rakyat. Kerana bagaimana masyarakat boleh melihat keindahan Islam jika negeri yang miskin dan rakyatnya tanpa pekerjaan dihukum dengan potong tangan?

Saya juga masih gagal melihat kebaikannnya jika rakyatnya masih terbelenggu dengan masalah-masalah kekurangan asasi dan pihak pemerintah begitu ghairah untuk menghukum dari memajukan dan menjaga kebajikan rakyat.

Melaksanakan peraturan Islam sebelum masyarakat di Islamisasikan agak sukar diterima akal. Pemerintah Kelantan juga sampai sekarang gagal mengindahkan akhlak rakyatnya dengan nilai-nilai murni Islamnya sehinggakan Kelantan masih di tangga teratas dalam statistik HIV Malaysia.

Saya masih yakin hudud di Kelantan hanya bermotifkan politik sahaja kerana saya masih gagal melihat keadilannya.

0 comments: