Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saya agak janggal untuk menyebutnya kerana saya masih kurang jelas objektifnya.
Adakah untuk memperjuangkan nasib mahasiswa?
Jika ya, apa yang diperjuangkan?
Saya gagal untuk menafsir perjuangan mereka kerana seakan-akan lebih bersifat politik. Sudah nyata masalah pokok mahasiswa adalah kemahiran berfikir mereka.
Masalah pokok. Adalah gagal untuk berfikir.
Mungkin saya silap dalam meneliti masalah mahasiswa, tapi saya yakin, inilah akar segala masalah dalam dunia akademik.
Hingga ke hari ini saya masih gagal mengaitkan masalah daya fikir mahasisawa berpunca dari tekanan AUKU, sekatan politik, kenaikan harga barang, berkaitan projek Lynas atau sebarang isu-isu yang diketengahkan oleh SMM ini
Yang pasti jika dilihat dengan ikhlas adalah kerana lambakan subjek tidak bermanfaat, pelbagai program yang tidak memberi banyak faedah seperti BTN dan juga tingginya bilangan subjek per semester yang perlu diambil mahasiswa.
Contohnya Seorang pelajar IT terpaksa menempuh subjek tidak bermanfaat dalam dunia Teknologi seperti Management, Operation Management, Perakaunan, Ekonomi, juga Bahasa Mandarin.
Hingga ke hari ini saya gagal melihat manfaat subjek-subjek itu dalam dunia IT. Sedangkan pada masa yang sama subjek bermanfaat seperti pengaturcaraan VB dan pendedahan kepada "Server Environment" seperti SQL Server, MS Windows Server, UNIX yang ternyata diguna pakai dalam industri Malaysia secara kukuh dan meluas tidak pula dititik beratkan malah kadang kala tiada pun dalam silibus.
Mahasiswa dipaksa tidak berfikir dan disekat dari berfikir dengan pelbagai perkara yang tidak bermanfaat adalah punca kenapa mahasiswa kaku dan jumud dalam kehidupan.
Tapi agak jelas, SMM lebih gemar meletakkan prioritas pada politik sahaja. Mengapa?
Teguran Ikhlas
-Nasrul
0 comments:
Post a Comment