Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saya agak janggal untuk menyebutnya kerana saya masih kurang jelas objektifnya.
Adakah untuk memperjuangkan nasib mahasiswa?
Jika ya, apa yang diperjuangkan?
Saya gagal untuk menafsir perjuangan mereka kerana seakan-akan lebih bersifat politik. Sudah nyata masalah pokok mahasiswa adalah kemahiran berfikir mereka.
Masalah pokok. Adalah gagal untuk berfikir.
Mungkin saya silap dalam meneliti masalah mahasiswa, tapi saya yakin, inilah akar segala masalah dalam dunia akademik.
Hingga ke hari ini saya masih gagal mengaitkan masalah daya fikir mahasisawa berpunca dari tekanan AUKU, sekatan politik, kenaikan harga barang, berkaitan projek Lynas atau sebarang isu-isu yang diketengahkan oleh SMM ini
Yang pasti jika dilihat dengan ikhlas adalah kerana lambakan subjek tidak bermanfaat, pelbagai program yang tidak memberi banyak faedah seperti BTN dan juga tingginya bilangan subjek per semester yang perlu diambil mahasiswa.
Contohnya Seorang pelajar IT terpaksa menempuh subjek tidak bermanfaat dalam dunia Teknologi seperti Management, Operation Management, Perakaunan, Ekonomi, juga Bahasa Mandarin.
Hingga ke hari ini saya gagal melihat manfaat subjek-subjek itu dalam dunia IT. Sedangkan pada masa yang sama subjek bermanfaat seperti pengaturcaraan VB dan pendedahan kepada "Server Environment" seperti SQL Server, MS Windows Server, UNIX yang ternyata diguna pakai dalam industri Malaysia secara kukuh dan meluas tidak pula dititik beratkan malah kadang kala tiada pun dalam silibus.
Mahasiswa dipaksa tidak berfikir dan disekat dari berfikir dengan pelbagai perkara yang tidak bermanfaat adalah punca kenapa mahasiswa kaku dan jumud dalam kehidupan.
Tapi agak jelas, SMM lebih gemar meletakkan prioritas pada politik sahaja. Mengapa?
Teguran Ikhlas
-Nasrul
Wednesday, December 28, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Adam Adli dan Saiful. Pendekatan double standard PKR
Saya ambil keratan media dari AMK yang disiarkan di
http://www.sinarharian.com.my/nasional/berhenti-ancam-adam-adli-1.13643
“Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada beberapa blogger Pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.
“Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng melebar dalam Umno. Umno cuba mewujudkan politik takut, (Politic of Fear) dikalangan mahasiswa dengan membentung mereka untuk terus bangkit," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya nak bawa ke satu sudut sejarah yang pernah berlaku dulu, tapi kepada Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim. Beliau juga diugut bunuh, dicaci malah disumpah seranah, difitnah sakit ketika di Mekah, kerana pendirian beliau untuk melakukan sumpah laknat.
Sejarah juga pernah mencatat kejadian seperti puduraya dibakar, HSBC Masjid Jamek di pecahkan dan mencetuskan huru-hara seluruh negara tidak pula dikecam pada masa itu.
Kerana itu saya agak "teruja" bila AMK menggunakan perkataan "budaya samseng" kerana sepertinya PKR enggan merenung diri sendiri di cermin.
Bila nak pilihan raya:
mata lebam,
ugut bunuh.
selamatkan diri di kedutaan asing.
(ulang)
Politik dan ahli Politik. Satu gabungan yang kotor.

Friday, December 16, 2011
Nga Kor Ming Rasis. DAP Taiping Si Penipu Besar
Ini adalah permohonan maaf dari Nga Kor Ming tentang isu Hitam Metalik Dr Zambry.
In that context, I said that : “Kini negeri Perak ada Menteri Besar Hitam Metalic yang haram dan masuk ke pejabat SUK menerusi pintu belakang menaiki kapal selam Najib." In absolutely no circumstances that my speech was referred to skin colour or Indian race as it simply means the Menteri Besar is illegal and the state government is unlawful.
Biadap nih. Bukan sahaja mempersendakan warna kulit Zr Zambry sebagai hitam metalik, tapi juga menipu. Secara jelas dalam ucapan beliau, beliau menghina warna kulit hitam Dr Zamby.
Menghina warna kulit, rasis tuh. Seperti orang putih menghina negro pada zaman aparthied.
Nga Kor Ming Rasis! Dari Parti Rasis!

Thursday, December 15, 2011
Saya kena rompak 15 Dec 2011
Saya kena rompak lepas makan die kawasan Permaisuri.
Perompak 7 orang remaja umur dalam lingkungan 14-17 tahun bersenjatakan pedang samurai.
Lepas 30 menet, 5 perompak berjaya diberkas.
Lesen je hilang, lain-lain semua ditemui semula. Alhamdullillah.
Kawan saya hilang beg duit dan henset. Mungkin ada pada 2 orang lagi yang belum berjaya dikesan.
Mungkin takde rezeki. Doakan moga-moga ditemui.

Friday, December 9, 2011
Hudud bukan asas pertama kenegaraan Islam
"Hudud bukan asas pertama kenegaraan Islam" seperti yang dikatakan oleh Dr Qardhawi.
Hudud adalah asas terakhir dalam kenegaraan Islam. Sebelum melaksanakan hudud, suasananya perlulah kondusif.
Suasana kondusif, seperti mengurangkan pengangguran, kemiskinan, meningkat taraf pendidikan juga kesihatan.
Seperti di Kelantan yang serba-serbi kurang, saya masih yakin motif melaksanakan hudud lebih kepada keuntungan politik bukan untuk keadilan rakyat. Kerana bagaimana masyarakat boleh melihat keindahan Islam jika negeri yang miskin dan rakyatnya tanpa pekerjaan dihukum dengan potong tangan?
Saya juga masih gagal melihat kebaikannnya jika rakyatnya masih terbelenggu dengan masalah-masalah kekurangan asasi dan pihak pemerintah begitu ghairah untuk menghukum dari memajukan dan menjaga kebajikan rakyat.
Melaksanakan peraturan Islam sebelum masyarakat di Islamisasikan agak sukar diterima akal. Pemerintah Kelantan juga sampai sekarang gagal mengindahkan akhlak rakyatnya dengan nilai-nilai murni Islamnya sehinggakan Kelantan masih di tangga teratas dalam statistik HIV Malaysia.
Saya masih yakin hudud di Kelantan hanya bermotifkan politik sahaja kerana saya masih gagal melihat keadilannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)