KUALA LUMPUR, 9 JAN :Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan
Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya
Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin
Mohd Diah mendapati Anwar tidak bersalah di atas tuduhan itu di bawah
Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
"Mahkamah tidak boleh 100% jamin
integriti bekas yang simpan DNA," kata Hakim Zabidin, dan menambah "Oleh
itu mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani."
"Mahkamah
hanya ada keterangan Saiful (saksi pertama). Mahkamah tidak boleh sabit
kepada keterangan saksi pertama sahaja. Oleh itu, tertuduh dibebaskan,"
katanya lagi.
Anwar dan Pakatan Rakyat menganggap tuduhan itu
sebagai konspirasi oleh Barisan Nasional untuk menamatkan karier
politiknya setelah Pakatan menakluk lima negeri dalam pilihanraya Mac
2008.
Kes ini membuka tirai sejak laporan polis yang dibuat oleh
Mohd Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 dan pertuduhan dibacakan di
Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 7 Ogos 2008.
Perbicaraan kes yang mengambil masa hampir tiga tahun di tutup pada 15 Disember 2011.
Perbicaraan kes berprofil tinggi ini dikendalikan oleh hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pihak
pendakwaraya diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof
Zainal Abiden sementara Peguam Bela diketuai oleh Karpal Singh.
Anwar
di tuduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan
persetubuhan luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan
Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26
Jun 2008.
Seksyen tersebut memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.
0 comments:
Post a Comment