Wednesday, January 4, 2012

Universiti menjana kepimpinan atau pemikiran?

Universiti bukan secara asal menjana kepimpinan. Asalnya menjana pemikiran.
Lagipun bukan mengasah kebolehan memimpin hanya sekadar di universiti.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak pernah memasuki mana-mana universiti.
Tapi pada masa itu baginda ditugaskan untuk mengembala haiwan semasa kecil.
Malah banyak nabi-nabi yang lain juga pekerjaannya mengembala hingga ada
pendapat yang mengatakan pekerjaan itu sebenarnya mengasah kebolehan memimpin.
Boon Siew Honda bukan juga dari universiti mana-mana pun.

Tapi masalahnya, yang kata lulusan universiti sekarang gagal secara fundemental
untuk berfikir. Kerana kebolehan memimpin bukan sekadar di atas pentas politik.
Malah banyak juga saluran untuk meningkat kepimpinan seperti bakti siswa, kerja amal
dan berpersatuan juga.

Seperti contoh kerja amal, itu juga boleh mengasah kebolehan memimpin.
Contoh kerja amal termasuk memberi tusyen, menyumbang wang ringgit
untuk rumah anak yatim, mengajar mengaji, berforum dan lain lagi.

Malangnya atas pentas yang terbuka luas yang bertujuan berbakti kepada
masyarakat tidak pula mereka begitu ghairah. Seghairah mereka berpoltik.
Sedangkan ramai lagi di pedalaman terjejas teruk dari segi pendidikan,
teknologi dan lagi ramai di pedalaman juga terjejas dari segi akidah.

Yang kadangkala bermatian-matian untuk mempertahankan ideologi politik
mereka hingga berpecah sesama saudara, memaki, mencarut dan menabur
fitnah rata-rata sebenarnya ada kepentingan sendiri.

Mana mereka sebenarnya dalam isu Kristianisasi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak?
Apa sumbangan mereka dalam merapatkan jurang ilmu bandar dan luar bandar?
Adakah mereka menyumbang kepada rumah-rumah anak yatim untuk tugas sukarela?

Saya yakin kebanyakan mereka sebenarnya berada di kerusi yang sangat-sangat empuk.

0 comments: