Saturday, February 25, 2012

Syurga sekarang sangat murah bagi PAS

Saya agak terkedu bila membaca komen-komen tentang syurga PAS.

Jika benar mereka menawarkan syurga kepada orang-orang orang mengundi PAS, maka
bolehlah dikatakan yang mereka telah jauh agak menyimpang.

Kerana PAS hanya satu parti politik yang menggunakan Islam sebagai alat dalam politik.
Politik pula objektif utamanya hanyalah kuasa pemerintahan. Seperti biasa kerana kuasa manusia
melafazkan ayat-ayat berkepentingan.

Politik telah lama menjadikan Islam dalam kelas murahan dengan cara yang hina.

Sama seperti yang pernah berlaku pada agama Kristian, para paderi terdahulu menghadiah taubat kepada
yang sudi membayar, dosa pahala juga boleh dicuci dengan wang. Hari ini Islam juga telah diletakkan pada tahap terendah oleh PAS hingga syurga boleh dibeli dengan undi.

Ya, mungkin dengan menyokong melaksanakan pemerintahan Islam adalah salah satu jalan ke syurga tetapi, soalnya, adakah PAS benar-benar akan melaksanakan pemerintahan Islam?

Jawapannya tidak.

1. Hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.
2, Aspirasi negara Islam sendiri telah PAS gugurkan menjadi negara kebajikan.
3. PAS menggalakkan murtad seperti dalam kes Dr Hassan Ali.

Hingga ke hari ini saya masih gagal melihat tindakan PAS yang bersungguh dalam aspirasi Islamnya, PAS hanya sekadar parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan politik mereka. Malah cengkaman DAP dalam dasar-dasar Islamik PAS nampak begitu ketara dalam beberapa kes seperti murtad, beer, babi , Zionis dan lain-lain lagi.

Jadi, adakah benar undi PAS akan ke syurga?
Saya yakin. Tak benar. Kalau anda benarkan maka anda taksub!

Jika anda taksub.
Anda sama seperti pengikut Syiah yang taksub kepada imam-imah mereka.
Sama seperti saudara-saudara yang membunuh kerana kelainan mazhab.
Juga sama seperti pengikut Ayah PIN yang sesat dan menyesatkan.

Politik.Dan.Agama.Telah.Lama.Menjadi.Punca.Konflik.


0 comments: