Tuesday, February 28, 2012

Mahathir jawab tentang Hudud ala PAS



Soalan:

1.Apakah pandangan tun tentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia?


2.Kenapakah sesebuah kerajaan beraliran Islam tidak melaksanakan hukum tersebut si negeri mereka sendiri?

Jawapan

Dalam al quran ada terdapat hukum yang tidaklah begitu  keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli feqah.

Sebab itu bila kita hendak laksanakan sesuatu kita harus rujuk kepada Al-Quran, Kerana itulah asas kepada Agama kita dan kalau kita baca, baca quran dalam bahasa yang kita fahami.

Kita baca dalam Bahasa Arab mungkin kita tak faham, walaupun bunyinya sedap. Terdapat sekurang-kurang nya 45 ayat, yang menekankan apabila menghukum, hukumlah dengan adil.

Dalam Islam yag pertama bukanlah hukuman itu, bukan pun saksi yang empat, tapi hukuman yang adil. Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama, ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di Malaysia, mereka berkata hukum hudud ini akan dikenakan kepada otang Islam sahaja. orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud.

Apa akan terjadi jika seorang bukan Islam dan seorang Islam melakukan satu jenayah?

Mencuri umpamanya?
Kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk jail selama 2 bulan. Mari kita tanya kepada diri kita, apakah ini adil? adilkah?

Orang Islam potong tangan dan orang bukan Islam penjara 2 bulan dan dibebaskan. Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam.(sindir)

Dalam Islam hukum mesti adil!
Kalau kita dapati kes rogol umpamanya, sebenarnya dalam Quran tidak ada yang dipanggil sebagai hukum hudud, apabila seorang wanita dirogol, dia kenal siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat mengadakan 4 orang saksi, yang bebas daripada dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak memberi 4 orang saksi, apabila dia membuat tuduhan, maka tuduhan itu dianggapnya sebagai ciptaannya sendiri. Kerana ini dia akan dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali.

Kemudian dia hamil dan melahirkan anak maka dia akan dihukum telah berzina dan hukuman bagi orang yang bezina, ini tiada dalam quran tetapi ahli feqah kata hukuman bagi orang yang berzina adalah rejam dengan batu sampai mati.

Adilkah mangsa rogol dibunuh? perogol pula dilepaskan ?
Semata-mata kerana tiada 4 orang saksi. Ini semua ditambah tokok kepada agama kita.
Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini. kerana kita berpendapat kalau hukuman berat maka kita lebih Islam.

Tidak benar!

Sila baca Quran dalam bahasa yang kita boleh faham, kita akan dapati, jika kamu menghukum, hukumlah dengan adil yang utama ialah adil. Bukan soal saksi, bukan soal hukuman yang berat tetapi keadilan. Sebab itu mereka yang membuat cadangan melaksanakan hukum hudud, mereka sebenarnya bukan bercakap berkenaan dengan hukum Islam, adalah hukum ciptaan mereka sendiri dan kita tidak dapat terima.


Monday, February 27, 2012

Lynas bukan reaktor nuklear.

Lynas bukan sebuah rekator nuklear. Menyamakan kebocoran radiasi di Lynas sama seperti Loji nuklear di Chenobyl agak melampau-lampau tipunya.

Lynas adalah sebuah loji memproses nadis bumi (rare earth). Thorium yang terdpat dalam projek Lynas, tidak menjadikan Lynas satu reaktor nuklear. Seperti yang dikatakan oleh Fauziah kerana Thorium boleh dijumpai secara semula jadi.

Lynas selamat seperti yang dikatakan oleh pakar-pakar. Ahli politik-politik seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan pembohong-pembohong lain sentiasa bijak mengambil peluang. Moga-moga Tuhan merahmati mereka.

Berikut adalah antara fakta dan auta Lynas seperti yang dikatakan oleh
 http://mynewshub.my/eng/2012/02/the-truth-about-lynas/, yang sangat selari dengan pendapat pakar-pakar.

Allegations by Oppositions:

Facts:

Lynas takes advantage of weaknesses in Malaysian law by proposing China standard.  Malaysia’s law on radiological safety and health is AT PAR if not STRICTER THAN any of those used internationally.  Lynas has never proposed the used of any China’s standard.
Australian law restricts construction of such plant within 35km radius of residential area. There is no such Australian law or even other international law on this.  The nearest town to Mt. Weld, Laverton just HAPPENS TO BE 35km away.   The distance is not a requirement.
Lynas brought in lanthanide concentrate without license. Lynas DID NOT and HAS NEVER brought in any lanthanide concentrate into Malaysia.  The logistical trial run carried out by Lynas used an empty container instead.
Lynas came to Malaysia to avoid strict Australian rules. Malaysia regulatory requirements IS EQUAL TO or STRICTER THAN that of Australia’s.  But, Malaysia is chosen for its:-          conducive and competitive investment climate -          optimum resources.
Lynas was chased out from Terengganu due to environmental reasons. Lynas WAS NEVER chased out of Terengganu.  But, Gebeng has the required port facilities, reliable support facilities and technically competent work force.
Lynas is a nuclear plant. Lynas is NOT a nuclear plant but a simple chemical processing plant operating at atmospheric pressure and ambient temperature.  Therefore, there will be no fire or explosion that will cause radioactive dispersion and contamination into the environment.
Lynas is the same as the controversial Asian Rare Earth (ARE) plant. ARE uses monazite as raw material and Lynas DO NOT use monazite.    Lynas’s raw material radioactivity is 37 times LESS than ARE.  Lynas residue is 60 time LESS radioactive than ARE.
Environment will be polluted because the plant is located in a swampy land with shallow water table. Lynas original site is about 2 m above the water table.  The site has been prepared by replacing with 1.4 m local fill making the site 3.4 M. above water table.  The RSF is built on top (not excavated) of the new site.  The base of the temporary storage facility is 0.75 M. thick making the base now 4.15 M ABOVE WATER TABLE.  The wall of the storage facility is 9 m high.  Radioactive Exposure Prevention measures taken by Lynas:
-          Thorium is not soluble in water and thus can be precipitated and separated out.
-          HDPE liner will prevent leaching
-          Clay (layer below HDPE) has very low permeability to water and that will further prevent any possible leaching.
-          Thorium has strong affinity (stick strongly) for clay, thereby further reducing leaching.
-          An under liner leak detection system (ULLDS) monitors and detects any possible leak.
Lynas will cause radioactive rain from the gas released by the stack. In a worst case scenario, the Radiological Impact Assessment estimated that stack release may only contribute 0.002mSv/year to the public which is 500 TIMES LESS THAN THE MAX. PERMISSABLE DOSE LIMIT set by the AELB (1 mSv/year)
The plant uses a lot of acid that can contaminate the soil. All process areas are built on BUNDED CONTAINMENT CONCRETE structure.  Any acid spill will be contained in the bund and WILL NOT come into contact with the ground.
Lynas did not carry out study on internal radiation exposure. Lynas carries out RIA in accordance to all regulatory requirements and IAEA standards.  RIA is an assessment of total dose and risks to critical targets (eg. workers and public) calculated based on all possible exposure pathways.  This means that both external and internal exposures were already considered.
Lynas operation will induce cancer and caused deformed newborns. Statistic from Ministry of Health 2007 shows that cancer prevalence is 720 cases per million.  BEFORE LYNAS the, estimated fatal cancer from background radiation at Lynas site is 35 cases per million.   With Lynas in operation, based on the 0.002 mSv/y,  the estimated fatal cancer is 0.1 case per million.
Radon and Thoron can travel thousands of miles and cause health problems. Radon and Thoron are radioactive gases with VERY SHORT HALF LIVES AND WILL NOT TRAVEL FAR.  Once formed, these radionuclides will immediately transform into solid and cannot travel at significant distances from its base.The dose rate at Lynas outside fence: Radon – 0.00002 mSv/year
Thoron – 0.002 mSv/year
No level of radioactivity is safe. Radiation is all around us.  Some areas in Perak, Selangor and Langkawi have higher than the average Malaysia’s level of radiation but posed no hazardous onsequences.  Radiation is also used in the medical field and it is perfectly safe.

Saturday, February 25, 2012

Syurga sekarang sangat murah bagi PAS

Saya agak terkedu bila membaca komen-komen tentang syurga PAS.

Jika benar mereka menawarkan syurga kepada orang-orang orang mengundi PAS, maka
bolehlah dikatakan yang mereka telah jauh agak menyimpang.

Kerana PAS hanya satu parti politik yang menggunakan Islam sebagai alat dalam politik.
Politik pula objektif utamanya hanyalah kuasa pemerintahan. Seperti biasa kerana kuasa manusia
melafazkan ayat-ayat berkepentingan.

Politik telah lama menjadikan Islam dalam kelas murahan dengan cara yang hina.

Sama seperti yang pernah berlaku pada agama Kristian, para paderi terdahulu menghadiah taubat kepada
yang sudi membayar, dosa pahala juga boleh dicuci dengan wang. Hari ini Islam juga telah diletakkan pada tahap terendah oleh PAS hingga syurga boleh dibeli dengan undi.

Ya, mungkin dengan menyokong melaksanakan pemerintahan Islam adalah salah satu jalan ke syurga tetapi, soalnya, adakah PAS benar-benar akan melaksanakan pemerintahan Islam?

Jawapannya tidak.

1. Hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.
2, Aspirasi negara Islam sendiri telah PAS gugurkan menjadi negara kebajikan.
3. PAS menggalakkan murtad seperti dalam kes Dr Hassan Ali.

Hingga ke hari ini saya masih gagal melihat tindakan PAS yang bersungguh dalam aspirasi Islamnya, PAS hanya sekadar parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan politik mereka. Malah cengkaman DAP dalam dasar-dasar Islamik PAS nampak begitu ketara dalam beberapa kes seperti murtad, beer, babi , Zionis dan lain-lain lagi.

Jadi, adakah benar undi PAS akan ke syurga?
Saya yakin. Tak benar. Kalau anda benarkan maka anda taksub!

Jika anda taksub.
Anda sama seperti pengikut Syiah yang taksub kepada imam-imah mereka.
Sama seperti saudara-saudara yang membunuh kerana kelainan mazhab.
Juga sama seperti pengikut Ayah PIN yang sesat dan menyesatkan.

Politik.Dan.Agama.Telah.Lama.Menjadi.Punca.Konflik.


Undi Parti Islam SeMalaysia Masuk Syurga!!

Undi Parti Islam SeMalaysia Masuk Syurga!!

SALAH KAH KITA MENAWARKAN ANDA KE SYURGA..??
SAPA YANG NAK MASUK NERAKA..??
SubhanAllah....

Pernah tak Kita Dengar UMNO Menawarkan Syurga jika Undi BN???
Sudah hampir 54 tahun negara kita di Perintah Oleh UMNO BN. Tetapi mereka tidak mampu Membawa Rakyat Menuju Syurga dan Menawarkan Syurga kepada Rakyat. Tiada Matlamat Islam dan ke Syurga kah Umno BN itu? MasyaAllah...

Jika di tanya budak Tadika sekali pun "siapa nak masuk syurga"? Sudah tentu ramai yang angkat tangan. Tetapi adakah Umno tanya pada Rakyat "Sapa nak masuk Syurga bersama UMNO BN"?? Kalau tidak mahu syurga, habis nak masuk mana??

Sapa nak ikut ke Neraka jika tidak mampu ke syurga. Sesiapa pun tidak mahu ke Neraka. Sebab itu Kepimpinan Ulamak membawa rakyat ke Syurga dan Islam juga menyuruh dan membawa kita Ke Syurga. Adakah Ulamak yang tawarkan ke Neraka?? Adakah Islam yang membawa ke Neraka??

Sebab itu siapa sokong dan undi Islam sudah tentu membawa ke Syurga dan siapa undi Islam masuk syurga. Ada Undi Islam masuk Neraka?? Ada sokong Islam masuk Neraka?? Kenapa UMNO BN tidak tawarkan syurga kepada Rakyat, sedangkan Syurga itu Matlamat setiap Insan. Kenapa UMNO BN tidak membawa rakyat ke Syurga. Tidak elok kah syurga itu? Tdak yakin kah kepada Syurga itu??

MasyaAllah....


[saya ambil dari facebook]

Monday, February 6, 2012

Kedai satu malaysia

Kedai satu malaysia.

Hari lepas saya beli belah di kedai satu Malaysia.
Menakjubkan, kerana harganya berpatutan.
Bukan setakat itu sahaja, kebanyakannya dari pengeluar bumiputra.

Saya agak pelik dengan sikap kebanyakan orang sendiri yang tidak pernah menyokong.
Pengeluarran dari saudara seakidah sendiri.
Harganya pula jauh lebih rendah dari kebanyakan yang lain.
Kualitinya pun boleh tahan.
Jadi mengapa tidak menyokong barang yang dikeluarkan oleh saudara sendiri?

Sedangkan Nestle sebagai contoh yang terang-terang asalnya dari musuh yang nyata boleh disokong,
Megapa tidak menyokong perusahaan saudara sendiri?