DAP makin melampau.
Saya amat berdukacita, sikap sesetengah tokoh DAP yang amat tidak menghormati perasaan orang Islam. Apatah lagi mereka disokong oleh sesetengah pihak yang ‘lantang tidak seimbang’ yang bernama muslim yang berlunak dengan mereka dan seakan membiarkan keadaan ini berlaku. Mereka yang tidak seimbang ini hanya ‘garang dan cengih’ sesama muslim, tetapi membiarkan orang lain membelasah muslim secara biadap. Terakhir mereka menghina Dr Redhuan Tee. Saya amat berdukacita dengan bahasa dan cara mereka. Seperti biasa akan ada yang memakai ‘topeng bernama Islam’ menjustifikasikan mereka. Malanglah, apabila kegilaan kuasa melupakan kita kepada ukhuwwah dan akidah Islamiyyah. Secara umumnya, saya bersetuju dengan kenyataan YB Zulkifli Nordin.
[http://drmaza.com/home/?p=695]
Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini?
[Dr. Ridhuan Tee Abdullah ]
dan seperti biasa PAS kelihatan amat tidak bermaya untuk berdepan dengan DAP yang amat ekstrem ini.
Sudah terangan DAP takkan menerima Islam sebagai agama rasmi dan menginginkan negara sekular.
Satu demi satu , mereka menyentuh sensitiviti dan melampau batas.
Malah Hindraf di dalam tuntuan mereka untuk menghapuskan islamic extrimist..ini ditujukan kepada siapa?
(HINDRAF TAKKAN JAWAB SOALAN INI!)
Alahai PAS , sengaja tutup mata...
kuasa..kuasa..buat manusia lupa...
Agaknya mereka lupa , tanah asal ini kepunyaan Melayu dan Islam berusia ratusan tahun.
Dan untuk PAS , bukan musuh yang kuat... kalian yang lemah ,yang berkenaan dah tiba masa patut berundur atau keluar dari pakatan.!
sekian
nacuwin.blogspot.com